Tuesday, May 27, 2014

Camne nak pegi ke lembah kemungkaran arh?

Tarik nafas..ok.. Kat sini aku nak citer sikit camne korang semua boley JATUH ke lembah kemungkaran..



Orang yang tak mau berfikir,pastu membabi buta ikut ajaran entah pape,,pastu,,menolak kebenaran.

Orang macam ni lah yang akan jatuh ke lembah kemungkaran. Sejarah dah ade kot,,try korang recall balik kisah2 kaum Nabi Nuh a.s,,pastu kisah kaum 'Ad,,and kaum Nabi Ibrahim a.s.. Kaum2 ni lah yang tak mahu berfikir,,tak mahu mengubah pegangan ajaran nenek moyang depa,,pastu..tolak kebenaran.. 

Orang yang terlalu taat dan patuh kepada PEMIMPIN.

Ade bahaya nye jgok kalau kita terlalu taat dan patuh dekat pemimpin kita..Tambah2 pemimpin yang hok tade belajo ilmu agama,,hurmm,,bahaya2..kite sedia maklom,,orang yang digelar pemimpin politik,raja2 dan orang kaya ni selalu nye akan menjadi ikutan orang ramai..Kalau mereka semua nih menolak ALLAH s.w.t,seruan RASUL,menidakkan ajaran AL-QURAN walaupun sedikit,,makna nye,,ramai le yang akan tersungkoq dalam lembah kemungkaran..

surah Al-Ahzab,ayat 66-67:"Pada hari ketika muka mereka dibolak-balikkan di dalam neraka,mereka berkata,'Alangkah baiknya andai kata kami taat kepada Allah dan taat (pula) kepada Rasul.' Dan mereka berkata:" Ya Tuhan kami,sesungguhnya kami telah mentaati pemimpin-pemimpin dan pembesar-pembesar kami,lalu mereka menyesatkan kami dari jalan(yang benar)'."


Orang yang nampak Kejayaan Dunia adalah segala-galanya.(LEVEL ONE)

Orang macam ni,,bila dia fikir kejayaan dunia sangat tersangat-lah penting,,pastu..mula lah,sel2 otak die sedang berhubung.. Fikir jalan nak berjaya kat Dunia.. Sampai lupa nak fikir camne nak berjaya kat Akhirat kelak.. Ermm,,tengah die dok fikir,,datang lah yang hok bertandok tuh,,setan mai bisik,,"Apa kata hang tipu camni,,camtu?" Pastu,,mula larh,,terpengaruh dengan Penasihat2 yang tak diiktiraf nih.. Jadilah rasuah,,tindas orang laen,,menipu,,dan macam2 lah..So,,nampak tak camne kita boley jatuh ke lembah kemungkaran?


Geng2 yang menganggap Pegangan Agama menghalang 
Kejayaan Hidup Di Dunia.(LEVEL TWO)
Sebab apa aku buat level one,,level two? sebab orang yang nampak kejayaan dunia adalah segala-galanya akan UPGRADE jadi geng2 yang anggap pegangan agama tu halang daripada berjaya kat dunia..hurm,,camtu lah kesah nya.. Geng2 ni lupa tentang wujudnya Akhirat.. Bila dah lupa,,maka ,, akan berlakulah Drama2 camni.

Anak : Mak,ayah,,adik rase nak masuk sekolah agama lah nanti..
Mak : Apa? Besar nanti kamu nak jadi ape kalau kamu masok situ?
Ayah : Cuba lah jadi matang sikit,adik. Jadi ustaz? Berape sangat lah gaji ustaz yang dapat sebulan. 
Anak : Tapi,,adik nak belajo agama....
Ayah : Nanti ayah dengan mak akan hantar kamu ke asrama penuh. Kat situ pon ade belajo agama jgok.(bukan semua parent camni..tapi
Kadang2,,mende ni jadi dalam masyarakat kita..Niat budak yang suci nak belajar agama,tapi dihalang..)


Oklah,,takat ni je untuk mase nih,,ini hanyalah perkongsian untuk semua,,peringatan untuk diri aku jugak..

Jom kita berfikir,,tolak kepalsuan,,tarik kebenaran dekat2..taat kepada Allah dan Rasul,,betulkan balik niat kita..Niatlah kerana Allah..

Jadilah pemburu yang memburu Syurga,,bukan kesenangan dunia..


Monday, May 26, 2014

Sahabat Selamanya

Assalamualaikum,semua!
Hoho,,lame bebeno aku tak ber'blog' nih. Nak menaip un lambat. mmg aku menaip lambat pon,
Semua orang ade kawan , sahabat , teman? Btoi tak?
Ok larh,,
Macam aku sendiri,,aku ade kawan. Macam2 dah aku jumpa kawan nih. Ade yang pandai,kurang sikit pandainya, 'ter'lajak pandai un ada jgok. Aku ade kawan yang panas baran. Pergh! Yang ni,,time ok,,bley la nak melawak lebih2,,time die tak ok,,hurmm,, (^_^)
SABO JELAH!

Ade kawan yang buat jahat sama2,,tapi bila time kantoi,,sorang2.. Hahaha,,macam2.
Tapi,,aku sayang kawan aku semua,,walaupon berbeza sikap,pendapat,identiti,warna kegemaran dan macam2 lagi larh yang berbeza,,kawan2 aku ni,,sangat SABAR dengan sikap aku yang tak berape bagus nih,, Hahahahaha...
Nak share-lah sikit tentang


Cara-cara Berkawan Kerana Allah

As a muslim,,semua mende mesti 'kerana Allah'. Sampaikan nak berkawan pon kene 'kerana Allah' sebab kita mengharapkan balasan SYURGA.
Bila camtu,,Insha Allah,kita akan rasa keindahannya ketika berkawan.
Sape yang tak sayang kawan2?
...
Ha!kalau sayang,kita kene bagitahu kat die yang kita sayang die. Barulah die 'tacink' sikit.
Biar die tahu,,jangan bagi die tertanya-tanya,,tak baik..

Setiap pertemuan mesti ade perpisahan.Btoi tak?
...
Setiap kali kita berpisah ngan kawan2 kita,tak salah en kalau kita doakan kesejahteraan hidup die dunia akhirat...So,doalah .. Kalau kita doakan kesejahteraan hidup kawan kita tanpa kawan kita tau ,malaikat akan tolong doakan balik untuk kita. Tak rugi eh..hihihihihi

Senyum seindah suria akan membawa cahaya.Senyum lah dari hati,dunia mu berseri.
...
Ha! Senyum ni POWER kot!! Kita kalau jumpa ngan kawan kita,,tak payah lah nak bermasam muka macam cuka plak dekat kawan kita. Satgi terasa plak die. So,senyum-lah bila jumpa kawan kita walaupon kita ada masalah.


Hadiah?!
...
Sapa pernah bagi hadiah kat kawan2 dia?
huhu,,mestilah penah en..Hadiah hari jadi lah,,hadiah tu lah,,hadiah ni lah,,ngehehehe..Sebenarnya bagi hadiah kat kawan ni bagos..

Rasulullah s.a.w bersabda; "Hendaklah kamu saling memberi hadiah nescaya kamu akan berkasih sayang" (Hadis Riwayat Thabrani)


Last sekali,,,
Kalau ade kawan yang tengah susah,,mohon beri bantuan kat die..
At least..
Jadi pendengar pon sangat bagos untuk die waktu tu.
Apatah lagi kalau korang tolong die selesaikan masalah die,,
PERGH!!
Lagi BAGOS..
Ngeehehehehee



Jadilah kawan yang baik untuk kawan2 anda. Semua bermula dari anda.
Awak buat baik,Allah balas menda baik dekat awak.

DAN..
Tahniah kepada anda semua yang sabar dengan sikap kawan2 anda.

AKHIR..
Hargailah kawan2 anda sebelum terlambat..