Sebenarnye aku pun takut nak cerita pasal ni, cerita tentang CFS IIUM yang dulu nya dikenali sebab Pusat Matrikulasi UIAM. Tapi sebab atas permintaan ramai, meh aku cerita sket pasal CFS ni. Aku harap, kalau ada budak-budak CFS yang baca, korang jangan takut, jangan lemah semangat pulak. Sebab kang aku pulak ter-takut, te-lemah semangat lagi. Hehe
Kalau ada siapa-siapa tak tau, sebenarnya bangunan-bangunan kat situ semuanya bangunan lama, yang kata nya dibeli atau disewa oleh pihak-pihak tertentu. Dulu kat kampus UIA bermula kat sini, kat PJ. Masa tu tahun 1983 tak silap aku. Quite long time la tu kan.
Mahallah Khadijah (KC)
KC ni dikatakan merupakan bekas hospital yang digunakan oleh para pelajar jurusan Perubatan Universiti Malaya. Korang sendiri boleh bayangkan kalau hospital tu, surely ada bilik bedah, bilik mayat, bilik operasi, bilik anatomi dan sebagainya. So, segala eksperimen yang dijalankan terhadap mayat-mayat kemudiannya akan dibuang di belakang bangunan. Hehehhe. Jadinya, ada suatu masa, seorang pelajar nak naik ke atas, masa tu petang. Dia guna lif belakang, nak naik tingkat 9 kot. Elok je sampai tingkat 7, tiba tiba… masuk seorang perempuan berpakaian seperti seorangJURURAWAT yang sedang menyorong ‘meja roda’. Budak tu tergamam, lalu pengsan seminggu.
Mahallah Zainab Jahsy (ZC)
Aku tak tau asal usul kolej ni, tapi ada jugak benda-benda seram terjadi. Dulu students kat ZC ni suka study kat tepi pintu/tingkap yg macam sliding tu (aku tak sure sangat) sebab angin malam kan best. Pulak malam-malam kan best untuk study. Jadi, ada satu masa ni, sorang budak tengah study, sorang-sorang kot, tetiba pintu di ketuk. Korang ikuti dialog ni ;
Budak : Siapa tu?
Han2 : Aku ni, orang sebelah.
Budak : Ohh, orang sebelah. Masuklah. Pintu tak kunci.
Han2 : Betul ko nak aku masuk? Okeyy aku masuk sekarang.
Lebih kurang macam tu la. Bila budak tu berpaling je ke belakang, dia terkesima sebab orang tu betul-betul ‘orang sebelah’. Faham tak? Maksudnya, orang tu badan dia sebelah je!
Mahallah Fatimah Azzahra (FAC)
Dulu mahalah ni dihuni oleh para sisters. Tapi sejak ada satu kejadian berlaku, sebab tu diorang tukar, bagi brothers duduk situ. Kejadiannya berlaku bermula di dalam bilik mandi, budak perempuan ni tengah mandi, tiba tiba dia nampak ada 2 biji mata tengah tengok dia mandi. Bukan main terkejut dia lagi. Rupanya, bila di siasat, ada mamat indon construction kot yang melepak kat atas tu. Satu lagi, ada kes lelaki yang ‘berilmu’ selalu pecah masuk dalam mahalah tu. Haishhh bahaya betul~ Yang ni tak seram kot.
Cukuplah setakat 3 tempat 3 cerita ini dulu. Cerita kat kolej pelajar lelaki, nanti aku cerita dalam bahagian kedua okey. Segala kesilapan harap dimaafi. Aku bukan tau sangat sebenarnya, tapi cerita-cerita ni Madam aku yang cerita. Alang-alang ramai yang nak tau pasal ni, aku kongsikan je lahh. Kalau ada yang salah ke, harap tegur kan. Hehe. Okeyyy. Bubbye.
p/s: Final exam in progress..sempat lagi update blog hehe..study smart beb! Time santai, kita santai..kaannnn!! Tak sabar nak cuti sem..start 23 okt ni..yeah!