Wednesday, December 28, 2011

Hebatnya Ayatul Kursi



Ayat Kursi ni diturunkan pada suatu malam setelah hijrah,menurut sebuah riwayat ketika ayat kursi diturunkan,ianya disertai dengan beribu-ribu malaikat sebagai pengiring kerana kebesaran dan kemuliannya.
Subhanallah!!
Pada masa itu Syaitan dan Iblis menjadi gempar kerana adanya suatu alamat yang menjadi peringatan dalam perjuangannya.
Rasulullah SAW dengan segera memerintahkan kepada penulis Al-quran iaitu Zaid Tsabit agar segera menulisnya dan menyebarkannya.
Siapa yang membaca ayatul Kursi dengan khusyuk sekali setelah selesai sembahyang fardhu,setiap pagi,setiap  petang,setiap kali keluar masuk pasar,setiap kali hendak masuk tidur dan pergi bermusafir.InsyaAllah,ia akan mengamankan kita dari godaan syaitan dan kejahatn manusia serta kejahatan binatang-binatang yang memudaratkan, terpeliharadirinya,keluarganya,anak-anaknya,harta bendanya dengan izin Allah.

Sesiapa yang mengamalkan membaca ayat Kursi setiap kali sebanyak 18 kali,insyaAllah dia akan hidup berjiwa tauhid,dibukakan dadanya dengan berbagai hikmat,dimudahkan rezekinya dan dinaikkan martabatnya serta terpelihara ia oleh Allah SWTdari segala bala bencana.

Syeikh Abul Abbas Al-Bunni menerangkan:Sesiapa yang membaca ayatul Kursi sebanyak 50 kali kemudian dihembuskan pada air hujan kemudian minun air tersebut.Maka insyaAllah,Allah akan mencerdaskan akalnya dan memudahkannya untuk memahami pelajaran yang dipelajarinya.

Ketika marah,hendaklah kita baca ayatul
Kursi ini kerana ia dapat redakan kemarahan anda.
InsyaAllah,marilah sama-sama kita hayati dan amalkan ayatul Kursi ini di dalam hidup kita.


sumber:
1001 Cahaya;Himpunan 
kisah-kisah malaikat
Muhammad Isa Selamat
cetakan ketiga:2001

No comments: